Sunday, August 5, 2012

Resepi Nasi Ulam

Resepi Nasi Ulam Mama

Nasi Ulam ni adalah makanan tradisi Melayu dan  sangat berkhasiat kerana mengandungi pelbagai jenis ulam-ulam, dan popular di kalangan orang kampung.
Ulam2 ini semuanya diambil dari rumah dan resepi ini diberi oleh mama. Pelbagai jenis ulam boleh digunakan, tetapi di sini saya menggunakan ulam yang terdapat di rumah saya je.

Nutritious Ulam
- serves as antioxidant agent , promote awet muda.
-base on my research, Ulam ni kaya dgn phytoconstituents (quercetin, flavones, flavonoids and etc.)
- these phytoconstituents are very good for potential treatment or delay the progression of chronic disease like, diabetes, cancer, hypertension, CVS disease.

Bahan2:

1. Ulam: (Pucuk ubi, ulam raja, daun kaduk, daun kunyit,  bunga kantan, tenggek burung, daun belimbing, pucuk misai kucing, daun cili.
2. ikan masin, dibakar dan ditumbuk
3. kerisik
4. lada secukup rasa.
5. Bawang kecil dimayang halus

Cara:

1. Masak nasi kemudian biarkan sejuk
2. Setelah nasi sejuk, masukkan kerisik, ikan masin, lada hitam (powder) dan bawang kecil
3. akhir sekali masukkan ulam2 yang telah dihiris nipis dan hidangkan.

Ulam-ulam dihiris halus
Kerisik

Bawang kecil dihiris halus
Ikan masin yang telah ditumbuk



Gaul semua bahan.


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment