Monday, January 1, 2018

Pakej Berpantang Selepas Bersalin : Urut dan Jaga Bayi, Tinggal Bersama | Confinement Lady

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru-baru ini saya selamat melahirkan seorang putera dan sekarang sedang menjalani sesi berpantang. 3 bulan sebelum bersalin, puas mencari pakej berpantang yang berpatutan. Kalau boleh nak bidan yang boleh tinggal sekali bersama dan memasak serta menjaga bayi. Bukan apa, kalau amik bidan urut yang tinggal sekali lagi senang, flexible and tidak terkejar-kejar untuk habiskan rawatan berpantang dalam sehari tu. 

Misi pencarian berjaya, dan saya terus menghubungi Mak Teh, nama bidan itu. Setelah berbincang, Mak Teh setuju untuk tinggal 10 hari bersama saya.  Ni pakej yang ditawarkan:

1 hari tanpa masak = RM200 (termasuk menjaga bayi, cuci baju, mandi bayi, cukur rambut bayi)

1 hari pakej masak = RM250 (memasak makanan berpantang pagi, tengahari dan malam, lauk untuk memasak mesti disediakan oleh tuan rumah). Kalau amik pakej ni akan diberikan jamu, dan herba percuma. Termasuk dalam pakej.

Boleh pilih nak berapa hari, 3 hari, 5 hari, 10 hari atau 14 hari (tetapi subject to availability, kena tengok schedule Mak Teh sama ada dia busy atau tidak)

Saya mengambil pakej sehari RM200 selama 10 hari. So ini yang ditawarkan:
1. Urut pagi dan petang
2. Bertungku setiap hari (Mak teh akan membawa tungku sendiri dan menyediakan tungku sendiri)
3. Memasak air herba untuk mandi pagi dan petang
4. Memakaikan bengkung dan pilis pagi dan petang
5. Mengewap satu badan setiap hari
6. Memandikan bayi, menjaga bayi, mencukur rambut bayi jika perlu
7. Membasuh baju bayi dan mengemas rumah sikit2 (Mak Teh ni dah berumur, so boleh buat apa yang termampu)

Overall saya berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan. Banyak petua2 yang diajar kepada saya. Bayi menangis tengah malam pun Mak Teh jaga. Bayi kembung pun akan diuruskan. Urutan badan dan sengkak pun sangat berpuas hati. Tambah lagi Mak Teh offer nak buatkan jus kunyit ketika berpantang. Mak Teh juga ada membawa daun2 sedikit seperti pandan dan serai wangi.



Jika ada yang berminat boleh menghubungi Mak Teh di no 012-9128784
Sebab orangnya selalu fully booked disarankan untuk membuat tempahan lebih awal.
Boleh la bertanya lebih lanjut, takut ada perubahan pada pakej.


Ini gambar bibik saya bersama Mak Teh di hari terakhir. 








No comments:

Post a Comment